Kad Laporan Besbol

Dalam setiap perlawanan besbol, setiap pemain berpeluang untuk memukul dan mengumpul markah untuk diri mereka dan juga pasukan mereka. Mata yang mereka kumpul untuk diri mereka dapat meningkatkan rating player worth dan menjadi salah satu faktor tumpuan oleh agen atau scout yang mencari pemain yang berkebolehan untuk pasukan mereka.

Sebagai contoh: (gambar)

McGee yang mempunya 4 kali At Bat (AB) dan berjaya memukul sebiji bola (1 hit dan menjejakkan base pertama – H), maka Batting Average (BA) beliau menjadi 25% ( ¼ kerana 1 pukulan berjaya daripada 4 kali percubaan).

Cuba bayangkan keputusan anak-anak anda semasa perlawanan dikongsi di dalam kumpulan Whatsapp atau Telegram sekolah setiap kali selepas perlawanan, terutama ketika berentap dengan sekolah powerhouse untuk sukan besbol dan berjaya menewaskan mereka. 

Contohnya:

BA SK Taman Orkid vs SK Sebelah; 

Liew – 0.250 

Zulfarhan – 0.200 

Thinakar – 0.333 

Ryan – 0.750

Kami pasti, para ibubapa dan guru terutama peminat besbol dan penyokong anak-anak sudah pasti berasa gembira dan bangga mengenai pencapaian mereka dan berharap anak mereka akan lebih maju dan berkembang dalam sukan ini sehingga dapat mencipta nama di pentas lokal dan seterusnya ke peringkat antarabangsa. 

Berikut merupakan antara lampiran skor atau scoresheet yang lebih kemas mengenai pasukan Cleveland Indians (gambar)

Akronim untuk bahagian skor tersebut:

AB – At Bats (Percubaan untuk memukul)

BA – Batting Average (Peratusan untuk berapa pukulan berjaya untuk setiap kali percubaan)

BB – Bases on Balls (Pemain diberikan free walk ke base pertama disebabkan 4 balls)

H – Hits (Pukulan yang berjaya dibuat dan dapat maju ke bes)

RBI – Runs Batted In

SO – Strikeouts

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Verified by MonsterInsights