Pertandingan-pertandingan Antarabangsa Utama Besbol

Di dalam besbol, ada tiga pertandingan antara bangsa yang utama; Olimpik, Premier 12 dan World Baseball Classic Mari kita lihat satu per satu pertandingan tersebut dan mengapa sampai 3?

Olimpik 

  • Disertai 8 pasukan. Besbol menjadi sukan olimpik dari 1992-2008. Untuk olimpik 2020 Tokyo yang tertangguh, besbol menjadi acara semula. Olimpik dahulunya menjadi acara utama untuk mencari juara besbol antarabangsa. 
  • Kelebihan; Negara yang bertanding betul-betul layak kerana perlu lepas peringkat kelayakan
  • Kekurangan; Negara-negara utama tidak menghantar pemain utama kerana tarikh olimpik bercanggah dengan musim liga tempatan 
  • Paling banyak emas; Cuba
  • Juara bertahan; Korea Selatan
  • Namun, pasca 2020 nasib besbol di sukan olimpik tidak menentu. Ini berikutan keputusan IOC untuk menjadikan olimpik sebagai medan berasaskan-acara dan bukan berasaskan-sukan kecuali beberapa pengecualian. Tamatnya besbol di olimpik menyebabkan WBSC menubuhkan 

Premier 12 

  • Disertai 12 pasukan. Susulan pembatalan penyertaan di olimpik, WBSC mewujudkan Premier12 sebagai ganti kepada acara tersebut. Pertandingan ini berlangsung setiap 4 tahun, 2 tahun selepas World Baseball Classic. Pertandingan ini melibatkan 12 pasukan negara teratas di dalam ranking dunia. Bagi Tokyo 2020, acara ini digunakan sebagai medan kelayakan.
  • Kelebihan; 12 pasukan besbol terbaik dunia Ramai pemain berbakat yang bakal membintangi MLB Kekurangan; Tiada pemain MLB kerana bercanggah dengan latihan pra-musim. 
  • Juara sebelum ini; Korea Selatan dan Jepun
  • Juara Bertahan: Jepun

World Baseball Classic (WBC) 

  • Disertai oleh 20 pasukan. World Cup untuk besbol. Pertandingan WBC diusulkan oleh MLB, MLBPA, dan persatuan liga dan pemain profesional dunia yang lain. Penyertaan dari pemain-pemain MLB. Sesuatu yang tiada dalam Olimpik dan Premier 12 sebelum ini.
  • Tapi kenapa bukan nama Baseball World Cup atau Piala Dunia Besbol(PDB)? Ini kerana ketika WBC dicadangkan, pertandingan Baseball World Cup itu telah wujud. PDB telah dianjurkan dari 1938. Pertandingan besbol antarabangsa tertua. Nama asal PDB, Amateur World Series.
  • Penubuhan WBC pada 2006 menyebabkan WBSC meminggir Baseball World Cup sehingga 2011 di mana pertandingan tersebut di mansuhkan. Baseball World Cup kini hanya wujud untuk pertandingan bawah umur.
  • WBC Berlangsung 4 tahun sekali dari 2006. Sepatutnya berlangsung pada 2021 tetapi terpaksa ditangguhkan. Beza WBC dengan Piala Dunia Bola Sepak, tiada tuan rumah. Pertandingan di jalankan di negara-negara utama besbol di benua Amerika dan Asia serentak selama tiga minggu.
  • Kelebihan; Disertai pemain-pemain MLB dan liga elit yang lain Pertandingan terulung kejohanan besbol yang diiktiraf WBSC
  • Kekurangan; Tiada tuan rumah kejohanan Ada pemain veteren MLB yang memilih untuk tidak sertai Wujud jurang tinggi antara pasukan 1 dan 20
  • Juara berulang; Jepun
  • Juara bertahan; Amerika Syarikat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Verified by MonsterInsights