Sudah tentu anda pernah menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium dan melihat suasana perlawanan antara dua pasukan. Stadium akan menjadi lebih meriah dan hangat terutama pada perlawanan peringkat akhir di mana dua pasukan besar bertembung diselangi oleh sorakan dari kedua-dua belah penyokong pasukan.
Selain daripada menyaksikan perlawanan sahaja, terdapat juga juadah yang dijamah di samping menikmati perlawanan di antara dua pasukan tersebut. Di dalam sukan besbol juga, anda akan jumpa situasi yang sama. Di dalam posting ini, kami akan menunjukkan beberapa makanan yang boleh dijumpai di stadium besbol di seluruh dunia.
- Yakitori – Jepun
- Takoyaki – Jepun
- Kakigori – Jepun
- Ayam goreng – Korea Selatan
- Gopchang – Korea Selatan
- Sotong Goreng – Taiwan
- Hotdog – Amerika Syarikat
- Kentang goreng – Amerika Syarikat
- Nachos – Amerika Syarikat
- Tostadas – Mexico
Secara ringkasnya, terdapat pelbagai lagi jenis makanan yang dijual di stadium besbol seluruh dunia. Dari makanan yang manis sehingga enak berlemak, makanan jalanan (street food) hingga ke gourmet. Setiap daerah dan negara mempunyai makanan keistimewaan mereka sendiri. Menonton perlawanan besbol sambil menikmati juadah adalah resam bagi peminat sukan tersebut.
Jika di Malaysia, antara makanan yang kita boleh jangka akan dijual di stadium besbol mahupun perlawanan sukan lain di mana kita boleh lihat para penjual makanan menjual burger, kebab, aneka makanan goreng seperti nasi, mi, bihun, dan kuey teow goreng dan pelbagai lagi jenis juadah. Dengan adanya vendor trak makanan, kita dapat menikmati lebih banyak jenis juadah yang boleh memenuhi citarasa setiap pengunjung stadium.