Tentang Kami

Tahun 2020 menyaksikan majoriti aktiviti permainan dan sukan yang tergendela. Apabila PKPP(yang memberi kelonggaran aktiviti fizikal) diumumkan, sukan besbol menjadi antara sukan yang agak serius terjejas. Kurangnya pendedahan di media sosial dan koordinasi antara komuniti menyukarkan sukan ini untuk dimainkan semula. 

Bermula dari Twitter, Besbolkita terbentuk hasil dari usaha untuk menyatukan peminat dan komuniti besbol di tanah air serta menyediakan platform kepada mereka yang baru hendak mencuba sukan kayu dan bola ini.

Kami merupakan kumpulan penggerak dalam menanamkan minat besbol di kalangan rakyat Malaysia. Matlamat kami supaya besbol mendapat tempat dalam masyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan jantina.

VISI

  • melokalkan besbol, sofbol, dan besbol5

MISI

  • Menanamkan minat besbol, sofbol, dan besbol5 ke dalam masyarakat
  • Menganjur permainan besbol, sofbol, dan besbol5 rekreasi pada selang masa yang konsisten
Verified by MonsterInsights