Jenis-Jenis Sarung Tangan Besbol

Glove atau sarung tangan besbol terdiri daripada beberapa jenis bergantung pada posisi;

  • Catcher
  • 1B
  • infielder
  • pitcher
  • outfielder

Sebelum kita lihat perbezaan setiap sarung tangan, kita selidik dahulu bahan yang digunakan secara ringkas. Umum glove ada dua jenis;

  • Kulit/leather
  • Sintetik

Untuk kulit, kebanyakan digunakan dari lembu. Ada juga segelintir glove yang diperbuat dari kulit khinzir, kangaroo dan kerbau.

Untuk lembu, ada empat jenis;

  • full-grain
  • kip
  • cow hide
  • premium steerhide

Full grain

  • lapisan atas kulit yang mampat dan kuat
  • paling keras dan berat
  • mengambil masa lama untuk mendobrak/melembutkan
  • tahan lama dan lasak

Kip

  • Nama lain calf, lamb leather -dari lembu muda atau kecil
  • Ringan
  • Diguna dalam glove tahap tinggi
  • mudah dan sekejap untuk didobrak
  • mahal

Leather/Cowhide

  • sederhana ke berat
  • paling banyak diguna pakai dalam industri kulit
  • paling “murah”
  • mudah didobrak
  • biasa dirawat supaya lebih lembut
  • tak tahan lama berbanding jenis kulit lain

Premium steerhide

  • lebih lasak dari cowhide
  • keras, berat dan mengambil masa lama untuk didobrak
  • bahan popular untuk glove pemain profesional
  • dihias corak untuk estetik

Bonus: Genuine leather

  • secara umum perlu dielakkan
  • terdiri dari serat-serat longgar atau saki baki(sampah) kulit
  • digabung dengan sintetik 
  • murah (bawah RM200)
  • cepat lusuh

SINTETIK

  • bahan untuk glove murahan secra keseluruhan
  • antara bahan contoh; PVC, PU
  • sintetik yang bagus, mahal dan sukar didapati di pasaran
  • cepat rosak
  • untuk latihan bola lembut/span sahaja
  • hanya untuk kanak-kanak atau pemain baru belajar

Itu sahaja sedikit sebanyak bahan-bahan yang digunakan dalam pembikinan glove besbol. Untuk jenis-jenis sarung tangan mengikut posisi, kami akan terangkan di dalam bebenang akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Verified by MonsterInsights