Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Goodwill Game

Ahad, 26 Jun 2022 menyaksikan perlawanan persahabatan besbol antara skuad kebangsaan Malaysia dengan pasukan pilihan ekspatriat Jepun. Pasukan Malaysia baru dibentuk dua minggu sebelum perlawanan susulan dari sesi-sesi pemilihan yang dijalankan sejak awal tahun. Skuad Jepun pula dibarisi oleh pemain-pemain utama kelab Raiders – juara liga besbol kebangsaan 2020-2022 dan juga akademi besbol Harimau. Acara ini disaksikan oleh YB Zuraida Kamaruddin Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia dan YBhg Dato’ Nazifuddin Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia dan En. Takahashi Daisuke, Setiausaha Pertama, kedutaan Jepun di Malaysia.

Skuad kebangsaan tumpas 5-10 namun menunjukkan aksi yang memberangsangkan berbanding skuad-skuad kebangsaan yang terdahulu. Beberapa pemain membuat kemunculan yang pertama untuk Malaysia, yang paling muda berusia 16 tahun. Walaupun ada banyak ruang yang boleh dibaiki, pemain-pemain muda ini menunjukkan potensi tinggi dan mampu bersaing dengan pemain veteran negara. Dengan sokongan dan usaha dari pengendali dan peminat-peminat besbol tempatan, kedua-dua pasukan kebangsaan lelaki dan wanita mampu pergi dengan lebih jauh di peringkat antarabangsa. Pasukan negara seterusnya bersiap sedia untuk siri jelajah Pakistan dan pertandingan terbuka di Vietnam pada hujung tahun ini.

Sehubungan dengan acara ini juga presiden BFM Sazali Husain turut mengumumkan rancangan liga kebangsaan 2022-2023 dan Piala Presiden yang bakal berlangsung.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Verified by MonsterInsights