Besbol5 Taman Melawati

Pada 1hb Oktober 2022, Besbolkita telah mengadakan satu permainan besbol5 sempena persiapan kejohanan bebol5 kebangsaan yang bakal berlangsung pada 22h Oktober 2022.

Seramai lapan peserta hadir termasuk tiga yang bermain besbol5 buat pertama kali. Aktiviti dimulakan dengan sesi memanaskan badan dan latihan ringkas.

Pemain dibahagikan kepada dua kumpulan, A dan B. A diketuai oleh Hafiz dan dibarisi dengan pemain baru. Pasukan A memenangi perlawanan dengan markah 15-5.  Walaupun baru, ini membuktikan bahawa permainan besbol5 mudah dimain oleh sesiapa sahaja.

Secara keseluruhannya, walaupun dimain dengan agak santai besbol5 masih tetap seronok dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Kami berharap lebih ramai boleh bermain permainan ini pada masa akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Verified by MonsterInsights