Kejohanan Besbol Bawah-12 Peringkat Kebangsaan

Pada 27-28hb Oktober 2023 telah berlangsung kejohanan besbol bawah 12 tahun peringkat kebangsaan buat kali pertama dalam negara. Kejohanan ini bertempat di Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar, Jasin, Melaka. Sebanyak lima pasukan negeri terlibat dalam kejohanan bersejarah ini; Melaka, Perak, Johor, Selangor, Pulau Pinang. Melaka muncul juara selepas menewaskan Perak, 14-1 di perlawanan akhir. Berikut senarai penerima anugerah kejohanan;

Pembaling Terbaik:
Mohamad Adam Bin Norman (Melaka)

Pemukul Terbaik:
Petrus Daniel Anak Edwin (Johor)

Pemain Terbaik
Muhammad Amsyar Danial Bin Abd Hamid (Melaka)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Verified by MonsterInsights